Budak2 Bengong

Friday, May 25, 2012

Lima Tonggak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


       LIMA TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

“Penyelesaian masalah dalam matematik” menjadi fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya  dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian  masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian.
Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah seperti berikut:
1.  Mencuba kes lebih mudah
2.  Cuba jaya
3.  Melukis gambar rajah
4.  Mengenal pasti pola
5.  Membuat jadual bersistem
6.  Membuat lakonan
7.  Membuat analogy
8.  Bekerja ke belakang

Tonggak yang seterusnya ialah “Komunikasi dalam Matematik”. Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan  fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat memperkukuhkan  kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid  boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.
     Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan  soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis.
     Tonggak yang seterusnya ialah “penaakulan Matematik”. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asa dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada murid-murid untuk supaya mereka dapat  mengembangkan  bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis  yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.
Tonggak seterusnya ialah “perkaitan Matematik”. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.
Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik.
     Tonggak yang terakhir ialah “aplikasi Matematik”. Dunia kita sekarang menuju kea rah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

Kemahiran Berfikir

Soalan 1: Jelaskan konsep kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir merupakan kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang menguasai kemahiran berfikir mampu cekap menyusun konsep, idea atau konsep secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang sewajarnya. Terdapat tiga peringkat pemikiran. Di peringkat bawah ialah pemikiran konkrit. Pemikiran konkrit berkaitan dengan kemahiran berfikir di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja. Peringkat yang kedua ialah pemikiran abstrak. Peringkat yang tertinggi ialah pemikiran kreatif. Pemikiran abstrak dan kreatif berkaitan dengan pemikiran secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula merupakan kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru ataupun ciptaan yang asli. Menurut Beyer(1988), kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai, ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan. Bagi Ennis(1985) pula, berpendapat bahawa kemahiran berfikir adalah pemikiran yang tajam dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai.

Soalan 2: Beri penjelesan kepentingan kemahiran berfikir

Setiap induvidu perlu menguasai kemahiran berfikir. Ini kerana kepentingan kemahiran berfikir telah dimasukkan dalam sistem pendidikan negara dan dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, kemahiran berfikir meliputi semua kurikulum yang diajar di sekolah dan di intitusi pengajian tinggi, bukan hanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelajar yang dilatih kemahiran berfikir akan mempunyai perkembangan positif terhadap pelajarannya. Pelajar yang mengamalkan kemahiran berfikir yang betul membolehkan pelajar lebih terbuka dan berfikiran kritis dan kreatif bagi menghadapi alaf baru yang penuh dengan cabaran ini. Mereka yang menguasai kemahiran berfikir, terutama sekali golongan muda, akan membolehkan mereka memajukan diri sendiri, banggsa dan negara dalam pelbagai bidang. Seterunya, bagi golongan pekerja, mereka perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sama ada dalam sektor awam, swasta atau persendirian. Dalam dunia pekerjaan, mereka akan menempuhi pelbagai cabaran untuk diselesaikan. Dengan menguasai kemahiran itu, mereka dapat menyelesaikan masalah dan meningkatkan pencapaian organisasi masing-masing agar terus berdaya saing. Selain itu, kemahiran berfikir perlu dikuasai untuk memperoleh ilmu. Ilmu merupakan sesuatu yang penting perlu ada dalam diri kita. Kemahiran berfikir membolehkan kita memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu dapat mengubah manusia daripaada jahil kepada berpengetahuan serta dapat memajukan diri mereka. Mereka yang berilmu penetahuan juga akan menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangang yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Soalan 3: Cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir
Antara cara-cara untuk meningkatkan keupayaan pemikiran kita ialah membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah. Ini merupakan aktiviti asas bagi menigkatkan keupayaan berfikir. Ia mampu meransang fikiran kerana bahan ilmiah merupakan bahan yang diaanggap berat dan memerlukan penggunaan otak yang lebih. Selain itu, kita boleh menonton rancangan yang memerlukan kita berfikir. Rancangan yang ditonton tidak semestinya yang berbentuk dokumentari atau rencana sahaja bahkan yang bercorak drama atau filem juga boleh membantu meningkatkan keupayaan otak. Seterusnya, kita boleh mengamalkan budaya berbincang bagi memahami sesuatu perkara. Ini bermakna, semasa kita berbincang, kita terpaksa memberi tumpuan dan berusaha memberi pandangan yang bernas. Tanpa berfikir secara mendalam idea yang dikeluarkan tidak akan bernas malahan tidak menyelesaikan masalah yang dibincangkan. 
 
Soalan 4: Teori-teori otak yang berkaitan dengan pemikira

  1. Teori Otak Triune (Triune Brain Theory) Paul Maclean

Menurut Paul Maclean, otak manusia boleh dikonseptualisaikan dalam tiga bahagian yang unik, setiapnya wujud pada masa evolusi yang berbeza. Aspek yang pertama wujud dalam otak manusia ialah bahagian Reptilian Complex(R-Complex). Ini bahagian yang tertua, merangkumi komponen spinal cord, hindbrain dan midbrain. Bahagian yang seterusnya yang terbentuk mengikutnya ialah limbic system dan neocortex. Setiap bahagian ini beroperasi seperti tiga buah komputer biologikal, setiap satunya mempunyai kecerdasan tersendiri dan berciri subjektiviti, mempunyai masa operasi, ruang dan memori masing-masing. Ketiga-tiga bahagian ini beroperasi melalui jaringan saraf. Dengan komunikasi R-Complex, Limbric System dengan Neocortex, otak manusia dapat mengaitkan emosi dengan pemikiran, dan menyelaraskan tindakan yang terkawal.
  1. Teori Otak Pembahagian Dua (Split Brain Theory) Roger Sperry
Menurut kajian Roger Sperry (1981), kedua-dua bahagian otak mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Bahagian otak yang pertama, Hemisfera Otak Kiri (HOKI), mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analisis urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala, Hemisfera Otak Kanan (HOKA), mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaa, irama, muzik dan imginasi. Kesimpulannya, HOKA berfungsi sebagai kemahiran berfikir secara kreatif. Manakala HOKI berfungsi sebagai kemahiran berfikir secara kreatif.

Monday, May 21, 2012

Huruf Vokal, Konsonan, Diftong dan Suku Kata dalam Bahasa Melayu


1.0  PENGENALAN HURUF KONSONAN, VOKAL, DIFTONG, DAN SUKU KATA

Secara umumnya, konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Selain itu, Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u.
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi.
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

2.0  PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF VOKAL DALAM BAHASA MELAYU

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Contoh penggunaan fonem-fonem tersebut adalah seperti berikut:

Huruf
Fonem
Depan
Tengah
Belakang
a
/a/
abu
talam
bola
e
/ə/
/e/
emak
elaun
lemang
keju
nasionalisme
tauge
i
/i/
itu
firman
keli
o
/o/
orang
kopi
soto
u
/u/
uli
butang
biru

Jadual 2.1 Huruf-huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:
a)    Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ə/.
b)    Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/.  

3.0  PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli serta sembilan konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Huruf-huruf tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:

Bil.
Fonem
Huruf
Depan
Tengah
Belakang
1
/b/
b
basah
sabun
kelab
2
/c/
c
cekap
baca
Mac
3
/d/
d
dadu
dada
abad
4
/f/
f
faham
kafir
alaf
5
/g/
g
gulung
sagu
beg
6
/gh/
gh
ghaib
maghrib
mubaligh
7
/h/
h
hati
saham
susah
8
/j/
j
janji
keju
pakel
9
/k/
k
kaki
baki
kotak
10
/kh/
kh
khalifah
akhir
tarikh
11
/l/
l
lembu
balu
sesal
12
/m/
m
makan
jamin
pohon
13
/n/
n
naga
enak
papan
14
/ng/
ng
ngilu
singa
bising
15
/ny/
ny
nyala
punya
-
16
/p/
p
perut
upih
siap
17
/q/
q
Qur’an
wuquf
buraq
18
/r/
r
rabun
garam
gegar
19
/s/
s
susah
asli
kebas
20
/sy/
sy
syarikat
isytihar
Quraisy
21
/t/
t
tiket
mata
sesat
22
/v/
v
violin
university
-
23
/w/
w
wayang
hawa
-
24
/y/
y
yakin
payah
-
25
/z/
/x/
z
x
zaman
xenon
lazat
-
-
-

Jadual 3.1 Huruf-huruf konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu


4.0  PEMBAHAGIAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU

Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi rangkap. Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau dan boikot.
     Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.
     Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.
     Pembahagian fonem diftong dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jenis
Kedudukan Diftong
Diftong
Awal
Tengah
Akhir
/ai/
/aising/
/ghairah/
/pandai/
/au/
/aurat/
/daulat/
/kalau/
/oi/
-
/boikot/
/amboi/

Jadual 4.1 Diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu




Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua. Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama. Manakala diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:
a)    /a-i/ contoh: kain
b)    /a-u/ contoh: laut

5.0  BENTUK SUKU KATA DALAM BAHASA MELAYU

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. Menurut sumber dari Wikipedia, suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata dibahagikan kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Jumlah suku kata
Perkataan
Satu
Yu
Dua
Kami
Tiga
Kerusi
Empat
Memperdaya
Lima
Unversiti
Enam
Maharajalela

Jadual 5.1 Contoh-contoh suku kata terbuka dalam bahasa Melayu
                                                                                                                                                                                                             
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Suku kata tertutup kebiasaannya dalam jumlah abjad yang ganjil. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Pola suku kata
Suku kata
VK
Main
KVK
Belum
KKVK
Elektrik
VKK
Naung
KVKK
Payung
KKVKK
Kompleks
KKKVK
Skrip

Jadual 5.2 Contoh-contoh suku kata tertutup dalam bahasa Melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...