Budak2 Bengong

Monday, May 21, 2012

Huruf Vokal, Konsonan, Diftong dan Suku Kata dalam Bahasa Melayu


1.0  PENGENALAN HURUF KONSONAN, VOKAL, DIFTONG, DAN SUKU KATA

Secara umumnya, konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Selain itu, Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u.
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi.
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

2.0  PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF VOKAL DALAM BAHASA MELAYU

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Contoh penggunaan fonem-fonem tersebut adalah seperti berikut:

Huruf
Fonem
Depan
Tengah
Belakang
a
/a/
abu
talam
bola
e
/ə/
/e/
emak
elaun
lemang
keju
nasionalisme
tauge
i
/i/
itu
firman
keli
o
/o/
orang
kopi
soto
u
/u/
uli
butang
biru

Jadual 2.1 Huruf-huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:
a)    Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ə/.
b)    Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/.  

3.0  PEMBAHAGIAN HURUF-HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli serta sembilan konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Huruf-huruf tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:

Bil.
Fonem
Huruf
Depan
Tengah
Belakang
1
/b/
b
basah
sabun
kelab
2
/c/
c
cekap
baca
Mac
3
/d/
d
dadu
dada
abad
4
/f/
f
faham
kafir
alaf
5
/g/
g
gulung
sagu
beg
6
/gh/
gh
ghaib
maghrib
mubaligh
7
/h/
h
hati
saham
susah
8
/j/
j
janji
keju
pakel
9
/k/
k
kaki
baki
kotak
10
/kh/
kh
khalifah
akhir
tarikh
11
/l/
l
lembu
balu
sesal
12
/m/
m
makan
jamin
pohon
13
/n/
n
naga
enak
papan
14
/ng/
ng
ngilu
singa
bising
15
/ny/
ny
nyala
punya
-
16
/p/
p
perut
upih
siap
17
/q/
q
Qur’an
wuquf
buraq
18
/r/
r
rabun
garam
gegar
19
/s/
s
susah
asli
kebas
20
/sy/
sy
syarikat
isytihar
Quraisy
21
/t/
t
tiket
mata
sesat
22
/v/
v
violin
university
-
23
/w/
w
wayang
hawa
-
24
/y/
y
yakin
payah
-
25
/z/
/x/
z
x
zaman
xenon
lazat
-
-
-

Jadual 3.1 Huruf-huruf konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu


4.0  PEMBAHAGIAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU

Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi rangkap. Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau dan boikot.
     Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.
     Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.
     Pembahagian fonem diftong dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jenis
Kedudukan Diftong
Diftong
Awal
Tengah
Akhir
/ai/
/aising/
/ghairah/
/pandai/
/au/
/aurat/
/daulat/
/kalau/
/oi/
-
/boikot/
/amboi/

Jadual 4.1 Diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu




Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua. Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama. Manakala diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:
a)    /a-i/ contoh: kain
b)    /a-u/ contoh: laut

5.0  BENTUK SUKU KATA DALAM BAHASA MELAYU

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. Menurut sumber dari Wikipedia, suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata dibahagikan kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Jumlah suku kata
Perkataan
Satu
Yu
Dua
Kami
Tiga
Kerusi
Empat
Memperdaya
Lima
Unversiti
Enam
Maharajalela

Jadual 5.1 Contoh-contoh suku kata terbuka dalam bahasa Melayu
                                                                                                                                                                                                             
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Suku kata tertutup kebiasaannya dalam jumlah abjad yang ganjil. Antara contoh suku kata terbuka adalah seperti berikut:

Pola suku kata
Suku kata
VK
Main
KVK
Belum
KKVK
Elektrik
VKK
Naung
KVKK
Payung
KKVKK
Kompleks
KKKVK
Skrip

Jadual 5.2 Contoh-contoh suku kata tertutup dalam bahasa Melayu

4 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sangat pening sebenarnye dgn tajuk diftong tapi setelah bace note ni dah sedikit paham..hehe..tq cikgu

    ReplyDelete
  3. bukankah perkataan KAIN dan LAUT itu vokal berganding? Jika ianya dikatakan diftong, bagaimana hendak membezakan ianya sebagai vokal berganding. Harap dapat penjelasan lanjut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...